Dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi semasa, Malaysia
kekal dengan hasrat menjadi negara maju yang berorientasikan aspek
membasmi kemiskinandan kini menerusi agenda transformasi ekonomi
pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Malaysia menyasarkan objektif
masyarakat berpendapatan tinggi sebagai tema utama kemajuan.
Dalam konteks ini, FELDA dianggap antara institusi terpenting dalam memacu pendapatan negara. Justeru, dalam pembinaan Malaysia, rakyat sama ada secara langsung atau tidak tetap merasai nikmat berasaskan legasi jasa dicetuskan pemimpin negara. FELDA adalah sebahagian daripada pembangunan yang dijalankan kerajaan membabitkan rakyat secara besarbesaran. Dengan bilangan keluarga melebihi 112,000, jika diambil kira setiap keluarga mempunyai lima isi rumah, bilangan penerima nikmat menerusi gagasan FELDA mencecah lebih 600,000 rakyat.
Keturunan besar FELDA
Kini, bilangan keturunan peneroka jauh lebih besar daripada angka anggaran, bahkan ada keluarga peneroka membabitkan tiga hingga empat generasi yang mungkin keturunan keluarga besar peneroka FELDA ini secara kolektifnya mencecah lebih 1.5 juta waris kelompok warga FELDA. Ini sekali gus membawa makna FELDA yang dibangunkan secara komprehensif membabitkan bukan saja soal penempatan rakyat bagi membasmi kemiskinan, tetapi membabitkan pemberian punca pendapatan yang bukan sekadar dinikmati peneroka dan berkesinambungan puncanya sehingga mampu diwarisi secara strategik.
Secara tersiratnya, FELDA menjadi medan rezeki yang dikurniakan
Allah SWT kepada kita. Lihat saja menerusi nikmat FELDA, penempatan
tersusun dibina. Ia mewujudkan kelompok baru masyarakat yang bukan saja
pembinaan silaturahim terurus, bahkan FELDA dianggap platform
pembangunan penempatanberasaskan kepada kekuatan perpaduan dan
kolektifism iaitu menerusi semangat kekitaan. Inilah doktrin silaturahim
yang bernilai tinggi kepada masyarakat FELDA. Menerusi pelaksanaan
sistem penempatan asas berkelompok ini, hasrat untuk melahirkan
masyarakat bersilaturahim dengan baik adalah cetusan daripada asas
dianjurkan Islam, namun amat mendukacitakan kerana segelintir masyarakat
termasuk dalam FELDA masih tidak menjiwai semangat sebenar yang mahu
diterapkan menerusi pelaksanaan FELDA.
Selain proses pembinaan masyarakat atau ummah berjiwakan konsep kekitaan yang tinggi, proses penjanaan rezeki juga cuba diterapkan menerusi konsep berkelompok berasaskan elemen perpaduan dan kerjasama. Untuk itu dicetuskan aplikasi kerajaan menerusi agenda 'merakyatkan ladang' digerakkan FELDA dan sejak penubuhannya hingga kini, FELDA sebagai 'platform rezeki'kepada rakyat tidak harus dipersiasiakan, bahkan harus disyukuri atas anugerah dikurniakan itu.Agenda kerajaan menerusi kepemimpinan negara yang tegas melaksanakan konsep 'merakyatkan tanah' dan ladang sebagai proses penting untuk kemajuan negaradan rakyat. Ini dilaksanakan menerusi modal tanah disediakan negara, seterusnya diusahakan menerusi ladang komersial yang kompetitif untuk jangka panjang.
Sejak 1956 hingga kini, FELDA adalah produk kejayaan 'ladang silaturahim' dunia Islam dan berjaya membangun serta maju seiring kejayaan negara, bahkan meluaskan sebaran niaganya ke lebih 13 negara. Kini FELDA meneroka pasaran baru, dengan cara dan gaya baru. Lihat saja kepada proses pembangunan FELDA yang dulunya melawan tradisi, yakni jika kampung tradisi yang masih bersifat tidak tersusun serta ketinggalan dari segi infrastruktur, tetapi FELDA dibina secara penempatan berkelompok iaitu urbanisasi di kawasan ladang, yang jelas terancang bersama kemudahan serta jaringan ukhwah yang lebih jitu.
Bandarkan FELDA
Dalam konteks ini, FELDA dianggap antara institusi terpenting dalam memacu pendapatan negara. Justeru, dalam pembinaan Malaysia, rakyat sama ada secara langsung atau tidak tetap merasai nikmat berasaskan legasi jasa dicetuskan pemimpin negara. FELDA adalah sebahagian daripada pembangunan yang dijalankan kerajaan membabitkan rakyat secara besarbesaran. Dengan bilangan keluarga melebihi 112,000, jika diambil kira setiap keluarga mempunyai lima isi rumah, bilangan penerima nikmat menerusi gagasan FELDA mencecah lebih 600,000 rakyat.
Keturunan besar FELDA
Kini, bilangan keturunan peneroka jauh lebih besar daripada angka anggaran, bahkan ada keluarga peneroka membabitkan tiga hingga empat generasi yang mungkin keturunan keluarga besar peneroka FELDA ini secara kolektifnya mencecah lebih 1.5 juta waris kelompok warga FELDA. Ini sekali gus membawa makna FELDA yang dibangunkan secara komprehensif membabitkan bukan saja soal penempatan rakyat bagi membasmi kemiskinan, tetapi membabitkan pemberian punca pendapatan yang bukan sekadar dinikmati peneroka dan berkesinambungan puncanya sehingga mampu diwarisi secara strategik.
![]() |
| Generasi Baru Teguh Bersama Felda |
Selain proses pembinaan masyarakat atau ummah berjiwakan konsep kekitaan yang tinggi, proses penjanaan rezeki juga cuba diterapkan menerusi konsep berkelompok berasaskan elemen perpaduan dan kerjasama. Untuk itu dicetuskan aplikasi kerajaan menerusi agenda 'merakyatkan ladang' digerakkan FELDA dan sejak penubuhannya hingga kini, FELDA sebagai 'platform rezeki'kepada rakyat tidak harus dipersiasiakan, bahkan harus disyukuri atas anugerah dikurniakan itu.Agenda kerajaan menerusi kepemimpinan negara yang tegas melaksanakan konsep 'merakyatkan tanah' dan ladang sebagai proses penting untuk kemajuan negaradan rakyat. Ini dilaksanakan menerusi modal tanah disediakan negara, seterusnya diusahakan menerusi ladang komersial yang kompetitif untuk jangka panjang.
Sejak 1956 hingga kini, FELDA adalah produk kejayaan 'ladang silaturahim' dunia Islam dan berjaya membangun serta maju seiring kejayaan negara, bahkan meluaskan sebaran niaganya ke lebih 13 negara. Kini FELDA meneroka pasaran baru, dengan cara dan gaya baru. Lihat saja kepada proses pembangunan FELDA yang dulunya melawan tradisi, yakni jika kampung tradisi yang masih bersifat tidak tersusun serta ketinggalan dari segi infrastruktur, tetapi FELDA dibina secara penempatan berkelompok iaitu urbanisasi di kawasan ladang, yang jelas terancang bersama kemudahan serta jaringan ukhwah yang lebih jitu.
Bandarkan FELDA
![]() |
| Jengka Sentral antara projek yang akan memajukan lagi bandar FELDA ini |
Kini proses urbanisasi atau membandarkan FELDA semakin pantas
bergerak, dengan kekuatan aset tanah yang dipunyai, bersama nilai
kewangan, FELDA berusaha untuk meneroka transformasi urbanisasi secara
lebih dinamik menerusi cetusan peralihan Bandar Jengka sebagai Bandar
Tun Abdul Razak yang bersepadu dengan nilai pembangunan RM250 juta
seperti diumumkan Najib. Selain itu, penekanan terhadap pembangunan
penempatan kelompok baru menerusi projek perumahan generasi baru warga
FELDA jelas memaparkan penempatan FELDA kini sedang diawetmudakan. Ini
pasti menjadikan FELDA bukan saja kawasan perladangan terbesar, malah ia
akan menjadikan FELDA kawasan penempatan utama masyarakat Melayu
terbesar di negara ini yang dibina secara berkelompok.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan