Khamis, 25 Disember 2014

Menjawab Fitnah Dalam Oh Media Terhadap FELDA & KPF


Rumah Peneroka Dahulunya Daif Sekarang Mewah Membuktikan Kejayaan Felda


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

            Saya tertarik dengan satu aduan dalam paparan oh media yang bertajuk 'JIKA ANDA MERUPAKAN GENERASI FELDA,ADUAN INI MUNGKIN BERMAKNA UNTUK ANDA' yang bertarikh 23 Disember 2014.

           Dalam aduan tersebut penulis telah mendakwa beberapa keputusan pihak Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) berniat jahat terhadap peneroka. sesungguhnya ini adalah satu fitnah yang berniat jahat bagi menjatuhkan imej KPF dan cubaan mempolitikan KPF yang selama ini memberikan banyak manfaat pada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Peneroka dan keluarga serta Staf FELDA  dan keluarga.

          Penulis telah membuat dakwaan terhadap 4 isu utama iaitu:
  • Mendakwa Sistem QShare dilaksanakan bagi menghalang generasi peneroka membuat tambahan saham serta merupakan satu episod baru penipuan FELDA kepada peneroka.
  • Mendakwa Undang2x kecil KPF Perkara 21. 1(a) sebagai berat sebelah dan menindas waris peneroka tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.
  • Membuat andaian tentang syer-syer kosong milik peneroka setelah kematian anak peneroka
  • Menfitnah bahawa terdapat komplot perampasan dan perancangan secara teratur bagi mengikis hak milik dan harta-harta peneroka serta mendakwa pihak FELDA mencuba untuk merampas dan merompak peneroka.               
         Dakwaan pertama mengenai sistem Q Share sama sekali tidak benar. Pertama sekali mengapa sistem ini dijalankan dan apakah manfaat sistem ini bagi ahli-ahli kpf?

            Untuk pengetahuan semua sistem Q Share bukanlah yang pertama dilakukan oleh KPF tetapi ia telah dimulakan oleh pihak bank rakyat kerana modal syernya telah mencapai kuota sebanyak RM 3Bilion. begitu juga dengan KPF dimana hanya dihadkan modal syer sebanyak RM 2.5 bilion dan kini telah melebihi sebanyak 2.714 Bilion sehingga November 2014. oleh disebabkan itu pihak KPF terpaksa menghadkan pelaburan sehingga modal share tersebut dikurangkan atau mendapat kuota tambahan.

Mengapa Sistem QShare Dilaksanakan?

  1. Kuota telah melebihi paras yang dibenarkan.
           Ramai yg bertanya mengapa perlu kaota ini? sebenarnya kuota ini digunakan bagi menjamin pulangan dividen kepada ahli-ahlinya. pada tahun 2013 pihak kpf telah memberikan 15%  pulangan dividen dengan peruntukan RM 400 Juta. Kaedah pemberian dividen adalah tertakluk  kepada pendapatan KPF iaitu melalui 1/3 hasil pelaburan syarikat-syarikat milik KPF. ini bermakna nilai 400 juta X 3 = 1.12 Bilion Pendapatan Setahun bagi modal share RM 2.5 Bilion. Jika modal share dinaikkan kepada 4 Bilion pihak kpf perlu mendapatkan hasil pelaburan kira-kira 2.1 Bilion dengan memperuntukkan 700 Juta bagi pulangan dividen yang kekal sebanyak 15% jika gagal pulangan dividen pasti akan lebih kurang daripada nilai 15%. sesungguhnya ramai yang melihat kejayaan KPF hari ini dengan keberhasilan KPF memberikan pulangan dividen yg tinggi kepada ahli-ahlinya berbanding entiti perniagaan yang lain-lain.


    2. Langkah kenal pasti modal syer tidak dikenali

             Pihak KPF terpaksa melakukan proses ini ekoran terdapat lebih 16 juta ringgit pelaburan yang tidak dimaklumkan dan perkara ini sangat merugikan pelaburnya dan KPF. perkara ini diatasi dengan kaedah pembayaran QShare yang hanya membenarkan penambahan pelaburan melalui bank draf dan cek individu sahaja apabila dimaklumkan oleh pihak KPF.


Bagaimana Q Share Dijalankan?

1) Ahli perlu mengisi borang permohonan tambah saham Q Share dan menghantarnya di KPF.
2) setelah borang dihantar pihak KPF akan memproses permohonan tersebut.
3) setelah tiba giliran penambahan saham pihak KPF akan memaklumkan tentang penambahan saham tersebut dan jumlah penambahan yg dibenarkan serta kaedah caruman yg dibenarkan.
4) Penambahan boleh dilakukan dalam tempoh 90hari bekerja dari tarikh penawaran.

Mendakwa Undang2x kecil KPF Perkara 21. 1(a) sebagai berat sebelah dan menindas waris peneroka

            Peruntukan  undang-undang kecil perkara 21.1(a) adalah seperti berikut:

 Keanggotaan mana-mana anggota akan terhenti atas sebab di bawah mengikut mana-mana yg berkenaan:
  •   Mati
  •   Menarik diri menurut undang-undang kecil 22 
  •   Dibuang mengikut undang-undang kecil 23
Undang-undang kecil 22:

  • mana-mana anggota boleh menarik diri daripada koperasi ini dgn memberi notis bertulis 12 bulan dahulu kpd lembaga atas sebab munasabah dan lembaga boleh membenarkan penarikan dalam tempoh yg singkat.
Undang-undang kecil 23:
  • seseorang atau sesuatu anggota hendaklah dianggap telah bertindak memudaratkan kepentingan koperasi dan diganting keahliannya jika didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara berikut:
  1. merujukkan pertikaian atau aduan kpd mana-mana orang selain suruhanjaya.
  2. membuat kenyataan dlm akhbar atau mana-mana media masa mengenai koperasi tanpa kebenaran lembaga.'
  3. membuat tuduhan palsu ke atas lembaga atau anggota atau bekas anggota atau pekerja koperasi ini.
  4. memburuk-burukkan koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan koperasi 
  5. bertindak luar etika didalam mana-mana mesyuarat sehingga jejaskan perjalanan mesyuarat tersebut.
*Keputusan untuk mengantung keanggotaan hanya dibuat oleh lembaga setelah anggota berkenaan dimaklumkan secara bertulis mengenai tuduhan yg jelas terhadapnya dan diberi peluang untuk menyatakan sebab keanggotaannnya digantung dan diberi peluang menyatakan sebab mengapa keanggotaanya tidak boleh digantung.

Penyelesaian Wang Anggota

*Jika seseorang anggota itu terhenti daripada menjadi anggota koperasi ini menurut undang-undang kecil 21 semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya setelah ditolak hutangnya dengan koperasi ini hendakan dikembalikan kepadanya sebagaimana yang berkenaan:

  • Sekiranya seseorang anggota ditamatkan keanggotaanya dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat.
  • sekiranya seseorang menarik diri akan dikembalikan wang tersebut setelah akhir tempoh notis
  • Sekiranya seseorangt anggota itu hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan.
  • sekiranya seseorang itu mati dikembalikan kepada penama atau warisnya atau wakilnya yg sah menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahawa seseorang anggota muslim, pengembalian tidak boleh dibuat  melainkan kepada wakil yg sah atau kepada pegawai pentadbir pusaka jika selepas enam bulan dari tarkh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik. (saham milik arwah @ simati boleh dipindahkan kepada peneroka ganti yang baru dengan syarat peneroka ganti tersebut menjadi ahli.)
*Tan sri Isa samad juga dilucutkan keanggotaannya dengan Akta ini.

Apa yang terjadi dengan syer kosong?

Kuota ahli dibawah satu keluarga ialah RM 250000.00. Jika seseorang satu keluarga baru melabur RM 100000.00 baki RM 150000.00 ialah syer kosong. dan syer kosong tersebut hanya boleh diisi oleh ahli dibawah kuota keluarga tersebut.

Bagaimana syer keluarga belum penuh tetapi syer koperasi telah penuh?

jika peneroka FELDA sebanyak 119,293 orang X RM250000.00 = RM29823250000 Bilion..
sedangkan kuota KPF hanya 2.5 Bilion?

kuota 2500000 hanya berfungsi dari wujud unsur pemilikan dalam koperasi kerana sistem koperasi bukan sistem pemilikkan individu tetapi pemilikan bersama.(tanpa syer majoriti)

*Dakwaan terdapat komplot perampasan hak peneroka telah dapat disangkal dengan penjelasan yang diberikan dalam 3 dakwaan sebelum ini.

Sekiranya mahu membuat aduan sila ke kpf sendiri dan jangan gomar memandai-mandai menfitnah FELDA demi meraih simpati politik..jangan heret FELDA dalam isu politik dan jangan memalukan anak dan waris peneroka FELDA dengan dakwaan palsu tanpa membuat kajian dengan lebih dalam. ini yang dikatakan kebodohan yang melampau-lampau.

bukan hanya KPF sebagai peluang pelaburan kepada generasi baharu tetapi atas keprihatinan FELDA juga telah wujudkan KPF 2. rebut peluang ini untuk melabur dalam KPF 2 yang juga boleh menjamin pelaburan anda sebagai waris peneroka.


Hanya sekadar nasihat.
                                   

Rabu, 8 Mei 2013

FGVH Lambang Transformasi FELDA

Bismillahirahmanirahim.

FELDA atau lebih tepat lagi dengan nama Federal Land Development Authority  telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :


  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Portal Rasmi Dato' Sri Najib Tun Razak
 Kini FELDA telah memasuki usianya yang ke 57 tahun. Sepanjang usia FELDA ini telah mengalami proses Transformasi yang begitu besar. Fasa pertama proses transfomasi FELDA dilihat berjaya dengan menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar .FELDA kini berada di Fasa ke-2 Proses Transformasinya yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan FELDA sebagai sebuah badan kerajaan yang berjaya di peringkat antarabangsa sekaligus membuktikan bahawa FELDA bukan setakat jaguh kampung.
Fasa ke-2 FELDA dijalankan dengan  menyenaraikan FELDA ke BSKL seterusnya melahirka n Felda Global Venture Holding. 

Felda Global Venture Holding telah disenaraikan pada jun 2012.Disebalik penyenaraian itu ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak-pihak yang tidak menyukai kejayaan FELDA melalui FGVH. Perkara ini dilihat bermotif politik dan dijadikan isu untuk mereka meraih undi masyarakat FELDA. Pihak-pihak ini mendakwa FGVH akan menyebabkan peneroka kehilangan tanah mereka seterusnya menanggung hutang yang banyak.FELDA melalui Gabungan Pemikir Profesional  Felda (GARPROF) dimana ahli-ahlinya terdiri daripada golongan anak-anak FELDA yang telah berjaya telah melakukan roadshow bagi memberi penerangan kepada peneroka-peneroka dan generasi ke2 FELDA mengenai penyenaraian FELDA ke BSKL.

 Penyenaraian ini pada mulanya dilihat tidak berjaya dan selalu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk meraih undi pada PRU 13.pasang surut harga saham dijadikan kayu pengukur bagi menyatakan ketidakhasilan dasar Transfomasi FELDA.Pihak Pembangkang telah menyatakan didalam manifesto mereka akan menghapuskan FGVH sebagai langkah untuk mengurangkan risiko yang dihadapi oleh peneroka. keputusan ini telah menyebabkan nilai pasaran saham FGVH jatuh secara mendadak sehingga mencatatkan nilai rugi sebanyak 4.42 daripada nilai IPO iaitu 4.55. Ini disebabkan pelabur tidak berani mengambil risiko jika berlakunya pertukaran kerajaan selepas PRU ke13 ini bakal membuatkan pelaburan mereka menjadi sia-sia sekaligus tidak melabur dalam FGVH.

Namun selepas PRU 13 dilihat saham FGVH terus mencatatkan nilai untung secara agresif. Ini disebabkan pelabur yakin dengan kerajaan sedia ada yang kembali memerintah selapas PRU 13. Rata-rata pelabur yakin hasil pelaburan mereka dilindungi daripada risiko politik. Ini telah menyebabkan FGVH telah mendapat pelbagai suntikan dana bagi meneruskan program Transfomasi Felda di peringkat dalam dan luar negara bagi meluaskan pasaran Felda.


Isnin, 11 Mac 2013

Rezeki Warga Peneroka

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah kpd Allah tuhan yg telah menganugerahkan pelbagai nikmat di bumi Malaysia yang bertuah pada hari ini..pelbagai kejayaan telah dicapai oleh negara baik dari sudut Ekonomi,Perpaduan, dan Kestabilan atas limpah dari Yang Maha Pemurah.

Salah satu limpah rezeki daripadaNya masyarakat peneroka dapat menarik nafas yang panjang apabila harga saham FGV pada hari ini  mencatatkan jumlah dagangan yg aktif sekaligus telah mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak +3.48.harga belian bagi FGV mencatatkan sebanyak 4.760 iaitu untung sebanyak 0.21 dari harga tawaran 4.55. jumlah ini dilihat bakal mengalami pertumbuhan yang lebih agresif apabila harga komoditi sawit turut mencatatkan peningkatan yg memberangsangkan.

Sama2xlah kita mendoakan agar sentiasa dilimpahkan pulangan rezeki yang tinggi dari Yang Maha Esa.

Jumaat, 8 Mac 2013

Aktiviti Masyarakat Felda Sahabat Semakin Pulih Susulan Langkah Keselamatan Kerajaan

gugusan felda sahabat 


LAHAD DATU – Rutin harian masyarakat di sekitar Felda Sahabat kembali rancak pada Jumaat susulan pengumuman penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.
Tinjauan Bernama pagi ini mendapati restoran dan kedai makan dibuka sejak awal pagi dan kelihatan ramai penduduk mula keluar ke kawasan pekan di Felda Sahabat ini untuk menjalankan urusan harian mereka.
Keadaan di kawasan itu juga tenang dan terkawal.
Dalam pada itu, bunyi enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia kedengaran seawal pukul 7 pagi tadi, namun tiada bunyi letupan atau pertempuran didengari.
Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu berkenaan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.
Op Daulat yang masuk hari keempat hari ini menyaksikan 1,959 penduduk dari tujuh buah kampung telah berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara iaitu 1,309 ditempatkan di Dewan Fajar Harapan dan 650 di Dewan Embara Budi.
Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh sejak insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, 12 Feb lalu.
Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac.

sumber: Bernama

Khamis, 14 Februari 2013

Felda Lambang Silaturahim

Dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi semasa, Malaysia kekal dengan hasrat menjadi negara maju yang berorientasikan aspek membasmi kemiskinandan kini menerusi agenda transformasi ekonomi pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Malaysia menyasarkan objektif masyarakat berpendapatan tinggi sebagai tema utama kemajuan.
Dalam konteks ini, FELDA dianggap antara institusi terpenting dalam memacu pendapatan negara. Justeru, dalam pembinaan Malaysia, rakyat sama ada secara langsung atau tidak tetap merasai nikmat berasaskan legasi jasa dicetuskan pemimpin negara. FELDA adalah sebahagian daripada pembangunan yang dijalankan kerajaan membabitkan rakyat secara besarbesaran. Dengan bilangan keluarga melebihi 112,000, jika diambil kira setiap keluarga mempunyai lima isi rumah, bilangan penerima nikmat menerusi gagasan FELDA mencecah lebih 600,000 rakyat. 

Keturunan besar FELDA
Kini, bilangan keturunan peneroka jauh lebih besar daripada angka anggaran, bahkan ada keluarga peneroka membabitkan tiga hingga empat generasi yang mungkin keturunan keluarga besar peneroka FELDA ini secara kolektifnya mencecah lebih 1.5 juta waris kelompok warga FELDA. Ini sekali gus membawa makna FELDA yang dibangunkan secara komprehensif membabitkan bukan saja soal penempatan rakyat bagi membasmi kemiskinan, tetapi membabitkan pemberian punca pendapatan yang bukan sekadar dinikmati peneroka dan berkesinambungan puncanya sehingga mampu diwarisi secara strategik.
Generasi Baru Teguh Bersama Felda
Secara tersiratnya, FELDA menjadi medan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Lihat saja menerusi nikmat FELDA, penempatan tersusun dibina. Ia mewujudkan kelompok baru masyarakat yang bukan saja pembinaan silaturahim terurus, bahkan FELDA dianggap platform pembangunan penempatanberasaskan kepada kekuatan perpaduan dan kolektifism iaitu menerusi semangat kekitaan. Inilah doktrin silaturahim yang bernilai tinggi kepada masyarakat FELDA. Menerusi pelaksanaan sistem penempatan asas berkelompok ini, hasrat untuk melahirkan masyarakat bersilaturahim dengan baik adalah cetusan daripada asas dianjurkan Islam, namun amat mendukacitakan kerana segelintir masyarakat termasuk dalam FELDA masih tidak menjiwai semangat sebenar yang mahu diterapkan menerusi pelaksanaan FELDA.
Selain proses pembinaan masyarakat atau ummah berjiwakan konsep kekitaan yang tinggi, proses penjanaan rezeki juga cuba diterapkan menerusi konsep berkelompok berasaskan elemen perpaduan dan kerjasama. Untuk itu dicetuskan aplikasi kerajaan menerusi agenda 'merakyatkan ladang' digerakkan FELDA dan sejak penubuhannya hingga kini, FELDA sebagai 'platform rezeki'kepada rakyat tidak harus dipersiasiakan, bahkan harus disyukuri atas anugerah dikurniakan itu.Agenda kerajaan menerusi kepemimpinan negara yang tegas melaksanakan konsep 'merakyatkan tanah' dan ladang sebagai proses penting untuk kemajuan negaradan rakyat. Ini dilaksanakan menerusi modal tanah disediakan negara, seterusnya diusahakan menerusi ladang komersial yang kompetitif untuk jangka panjang.
Sejak 1956 hingga kini, FELDA adalah produk kejayaan 'ladang silaturahim' dunia Islam dan berjaya membangun serta maju seiring kejayaan negara, bahkan meluaskan sebaran niaganya ke lebih 13 negara. Kini FELDA meneroka pasaran baru, dengan cara dan gaya baru. Lihat saja kepada proses pembangunan FELDA yang dulunya melawan tradisi, yakni jika kampung tradisi yang masih bersifat tidak tersusun serta ketinggalan dari segi infrastruktur, tetapi FELDA dibina secara penempatan berkelompok iaitu urbanisasi di kawasan ladang, yang jelas terancang bersama kemudahan serta jaringan ukhwah yang lebih jitu.

Bandarkan FELDA
Jengka Sentral antara projek yang akan memajukan lagi bandar FELDA ini
Kini proses urbanisasi atau membandarkan FELDA semakin pantas bergerak, dengan kekuatan aset tanah yang dipunyai, bersama nilai kewangan, FELDA berusaha untuk meneroka transformasi urbanisasi secara lebih dinamik menerusi cetusan peralihan Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak yang bersepadu dengan nilai pembangunan RM250 juta seperti diumumkan Najib. Selain itu, penekanan terhadap pembangunan penempatan kelompok baru menerusi projek perumahan generasi baru warga FELDA jelas memaparkan penempatan FELDA kini sedang diawetmudakan. Ini pasti menjadikan FELDA bukan saja kawasan perladangan terbesar, malah ia akan menjadikan FELDA kawasan penempatan utama masyarakat Melayu terbesar di negara ini yang dibina secara berkelompok.

Isnin, 12 November 2012

Berita Produa Untuk Warga Felda



Assalamualaikum Dan Salam 1 Felda buat pembaca-pembaca Felda Second Generation.
saya merasa tertarik dengan keratan akhbar hari ini yang bertajuk "Produa Memperkenal Pekej Salam 1Felda. Pekej ini melibatkan semua warga peneroka,anak peneroka,isteri peneroka mahalah adik beradik peneroka yang berminat untuk membeli Produk Produa akan menikmati pelbagai faedah antaranya.
1)Rebet minimum RM1000
2)Baucer Servis Diskaun 50%(2Tahun)
3)Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM20,000

Promosi ini bermula sekarang sehingga April 2013 dan mereka berminat perlu mengemukakan slip pembayaran Felda dan Pengesahan.
Keratan Akhbar Mengenai Pekej Tersebut

Isnin, 5 November 2012

Dimana Keprihatinan Kita?

MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
gambar mangsa


Dimanakah letaknya nilai keprihatinan kita sebagai manusia dimuka bumi ini.itulah yang dipersoalkan tentang sikap rakyat malaysia yang semakin lama tersasar dari landasanNya. Tajuk akhbar Harian Metro pada hari ini sudah jelas mengambarkan sikap prihatin sudah pudar dalam masyarakat kita.
 Isi akhbar yang menceritakan tentang seorang penunggang motosikal yang maut dilanggar lari dan mayatnya digilis oleh berberapa buah kenderaan lain tanpa bantuan dari pengguna jalan raya yang melaluinya. Kejadian ini berlaku pada jam 6pagi semalam di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan. mangsa, M Velayutham, 46, dari Ipoh, Perak dipercayai maut akibat digilis beberapa kenderaan.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.
“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.

 Ingatlah jadilah bangsa yg prihatin dan terapkan nilai2x murni dalam jiwa kita.
Sumber: Harian Metro