Kuala Lumpur: Bayaran durian runtuh RM5,000 kepada generasi kedua
FELDA dijangka selepas Aidilfitri, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri yang menjaga FELDA, akan menentukan tarikh pengagihan bayaran itu
di sini, semalam.
Mengenai durian runtuh RM5,000 kepada isteri peneroka pula, Mohd Isa berkata, kira-kira 40 hingga 50 peratus bayaran itu sudah diagihkan sejak minggu pertama Ramadan.
Katanya, seluruh pembayaran fasa kedua kepada mereka yang berkelayakan itu diharap selesai sebelum Aidilfitri.
Sementara itu diminta mengulas kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini, beliau berkata, ia sudah meningkat kepada RM5.07 semalam.
"Sebenarnya minggu lalu, memang kebanyakan saham menurun dan semua syarikat perladangan pun mengalami perkara sama. Namun kerana syarikat perladangan ini dimiliki oleh swasta dan individu, maka tidak ada orang beri perhatian...`political mileage' (keuntungan politik) tidak ada,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan