Khamis, 6 September 2012

PTPTN ditanggung FELDA

keputusan ini adalah hasil kejayaan fgv
         Selepas mengumumkan pengambilalihan hutang saham peneroka dengan pihak bank kini Felda dengan inisiatif sendiri telah mengumumkan mahu menanggung separuh jumlah pimjaman PTPTN bagi anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian di kesemua IPT. Berita baik ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yg Amat Berhormat Dato Sri Najib Bin Tun Abd Razak di Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut sewaktu sambutan hari raya aidilfitri pada hari ini.

         Perdana Menteri berkata, keputusan itu sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
"Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN ini dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN," katanya.

       Najib berada di sini sempena lawatan singkatnya bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aifilfitri di padang bola Kampung Tempinis, Kg Tasek Tok Lebai dekat sini.Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Felda dianggar memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.

 "Keputusan Felda itu juga dapat bantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain menunjukkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia. Dengan dana tambahan diperoleh, Felda setuju untuk agihkan peruntukan itu kepada rakyat," katanya.
NAJIB bersalaman dengan rakyat yang menunggu ketibaannya di padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut untuk menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.
NAJIB bersalaman dengan rakyat yang menunggu ketibaannya di padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut untuk menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.               
 Sumber:Berita Harian

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. haha... mana janji ni?? dah tertunai ke belom?? nama aku kena blacklist dah ni... kata nak tanggong...lahanat.. penipu...

    BalasPadam