Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.
Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :
PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti
Asrama Semai Bakti (ASB) mula ditubuhkan seperti berikut:

- mencungkil kreativiti
- membina personaliti
- kemahiran berinteraksi
- kemahiran sosial
- dan sebagainya
PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti
Asrama Semai Bakti (ASB) mula ditubuhkan seperti berikut:
- Kuala Lumpur - 1975
- Kuantan - 1978
- Johor Bahru - 1983
- Kelana Jaya - 1989
![]() |
| Salah Satu Asrama Semai Bakti Felda di Kuantan |
ASB FELDA ditubuhkan
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR,
mendapatkan pendidikan yang sempurna di sekolah-sekolah terpilih di
bandar.
Selain daripada
kemudahan tempat tinggal, FELDA juga menyediakan perkhidmatan
pengangkutan ke kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos
penempatan di ASB dibiayai sepenuhnya oleh FELDA. Ibu bapa hanya
dikehendaki membayar wang hemat diri sebanyak RM40.00 semasa kemasukan
anak-anak ke asrama dan yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan.
Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:

| Tahap | Bilangan |
| Tahun 5 | 14,351 |
| Tahun 6 | 15,357 |
| Tingkatan 3 | 14,579 |
| Tingkatan 5 | 14,679 |
| Jumlah | 58,966 |
Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajaran dan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.
PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4). Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).
Maktab Rendah Sains Mara FELDA (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak
Persetujuan kerjasama penubuhan MRSMF di antara FELDA dan MARA telah dimenterai dalam Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) pada 30 Mac 2007. MRSMF ini merupakan smart partnership di antara MARA dan FELDA di mana FELDA akan membiayai segala kos manakala urusan pentadbiran dan pengurusan tenaga pengajar/kakitangan adalah dalam bidang kuasa pihak MARA. Perasmian pembinaan MRSMF telah disempurnakan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2007.
Kompleks MRSMF yang terletak di FELDA Jaya Trolak telah siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun 2010. Pengambilan pelajar MRSMF telah dimulakan pada Mac 2010 dijangka dapat menampung sehingga 1,050 pelajar. Komplek MRSMF ini adalah infrastruktur yang paling moden dikalangan MRSM-MRSM lain dan ianya merupakan satu transformasi pendidikan untuk semua generasi baru FELDA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan