- Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
- Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
- Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Kini FELDA telah memasuki usianya yang ke 57 tahun. Sepanjang usia FELDA ini telah mengalami proses Transformasi yang begitu besar. Fasa pertama proses transfomasi FELDA dilihat berjaya dengan menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar .FELDA kini berada di Fasa ke-2 Proses Transformasinya yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan FELDA sebagai sebuah badan kerajaan yang berjaya di peringkat antarabangsa sekaligus membuktikan bahawa FELDA bukan setakat jaguh kampung.
Fasa ke-2 FELDA dijalankan dengan menyenaraikan FELDA ke BSKL seterusnya melahirka n Felda Global Venture Holding.
Felda Global Venture Holding telah disenaraikan pada jun 2012.Disebalik penyenaraian itu ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak-pihak yang tidak menyukai kejayaan FELDA melalui FGVH. Perkara ini dilihat bermotif politik dan dijadikan isu untuk mereka meraih undi masyarakat FELDA. Pihak-pihak ini mendakwa FGVH akan menyebabkan peneroka kehilangan tanah mereka seterusnya menanggung hutang yang banyak.FELDA melalui Gabungan Pemikir Profesional Felda (GARPROF) dimana ahli-ahlinya terdiri daripada golongan anak-anak FELDA yang telah berjaya telah melakukan roadshow bagi memberi penerangan kepada peneroka-peneroka dan generasi ke2 FELDA mengenai penyenaraian FELDA ke BSKL.
Penyenaraian ini pada mulanya dilihat tidak berjaya dan selalu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk meraih undi pada PRU 13.pasang surut harga saham dijadikan kayu pengukur bagi menyatakan ketidakhasilan dasar Transfomasi FELDA.Pihak Pembangkang telah menyatakan didalam manifesto mereka akan menghapuskan FGVH sebagai langkah untuk mengurangkan risiko yang dihadapi oleh peneroka. keputusan ini telah menyebabkan nilai pasaran saham FGVH jatuh secara mendadak sehingga mencatatkan nilai rugi sebanyak 4.42 daripada nilai IPO iaitu 4.55. Ini disebabkan pelabur tidak berani mengambil risiko jika berlakunya pertukaran kerajaan selepas PRU ke13 ini bakal membuatkan pelaburan mereka menjadi sia-sia sekaligus tidak melabur dalam FGVH.
Namun selepas PRU 13 dilihat saham FGVH terus mencatatkan nilai untung secara agresif. Ini disebabkan pelabur yakin dengan kerajaan sedia ada yang kembali memerintah selapas PRU 13. Rata-rata pelabur yakin hasil pelaburan mereka dilindungi daripada risiko politik. Ini telah menyebabkan FGVH telah mendapat pelbagai suntikan dana bagi meneruskan program Transfomasi Felda di peringkat dalam dan luar negara bagi meluaskan pasaran Felda.
Felda Global Venture Holding telah disenaraikan pada jun 2012.Disebalik penyenaraian itu ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak-pihak yang tidak menyukai kejayaan FELDA melalui FGVH. Perkara ini dilihat bermotif politik dan dijadikan isu untuk mereka meraih undi masyarakat FELDA. Pihak-pihak ini mendakwa FGVH akan menyebabkan peneroka kehilangan tanah mereka seterusnya menanggung hutang yang banyak.FELDA melalui Gabungan Pemikir Profesional Felda (GARPROF) dimana ahli-ahlinya terdiri daripada golongan anak-anak FELDA yang telah berjaya telah melakukan roadshow bagi memberi penerangan kepada peneroka-peneroka dan generasi ke2 FELDA mengenai penyenaraian FELDA ke BSKL.Penyenaraian ini pada mulanya dilihat tidak berjaya dan selalu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk meraih undi pada PRU 13.pasang surut harga saham dijadikan kayu pengukur bagi menyatakan ketidakhasilan dasar Transfomasi FELDA.Pihak Pembangkang telah menyatakan didalam manifesto mereka akan menghapuskan FGVH sebagai langkah untuk mengurangkan risiko yang dihadapi oleh peneroka. keputusan ini telah menyebabkan nilai pasaran saham FGVH jatuh secara mendadak sehingga mencatatkan nilai rugi sebanyak 4.42 daripada nilai IPO iaitu 4.55. Ini disebabkan pelabur tidak berani mengambil risiko jika berlakunya pertukaran kerajaan selepas PRU ke13 ini bakal membuatkan pelaburan mereka menjadi sia-sia sekaligus tidak melabur dalam FGVH.
Namun selepas PRU 13 dilihat saham FGVH terus mencatatkan nilai untung secara agresif. Ini disebabkan pelabur yakin dengan kerajaan sedia ada yang kembali memerintah selapas PRU 13. Rata-rata pelabur yakin hasil pelaburan mereka dilindungi daripada risiko politik. Ini telah menyebabkan FGVH telah mendapat pelbagai suntikan dana bagi meneruskan program Transfomasi Felda di peringkat dalam dan luar negara bagi meluaskan pasaran Felda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan