Rabu, 22 Ogos 2012

SUKAN DAN FELDA

Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Semai Bakti
Kompleks Sukan Komuniti dikenali sebagai Gelanggang Sukan Komuniti dibina bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam bidang sukan. Penyediaan kemudahan sedemikian juga dapat membantu memupuk minat bersukan yang tinggi melalui pelbagai aktiviti dan program sukan dan rekreasi di kalangan masyarakat rancangan.  Selain itu, GSK ini mampu menjadi tempat untuk masyarakat rancangan dan sekitar melaksanakan aktiviti sukan dan riadah secara teratur dan sempurna.

Sehingga tahun 2009, FELDA telah membina sebanyak 17 GSK di seluruh kawasan rancangan FELDA. Daripada jumlah ini sebanyak 14 buah GSK telah siap dibina dan beroperasi manakala bakinya iaitu di FELDA Selasih, FELDA Kemahang 2 dan FELDA Sahabat masih dalam pembinaan.
Dewan Semai Bakti
Dewan Serbaguna Di Felda Kemahang 2.
Pembinaan dewan serba guna di rancangan FELDA bertujuan menyediakan kemudahan rancangan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai salah satu usaha mengeratkan perpaduan di kalangan warga rancangan FELDA.  Sehingga akhir tahun 2008 sebanyak 47 buah dewan serba guna telah siap dibina di rancangan FELDA melibatkan peruntukan sebanyak RM32.2 juta. Dua buah dewan serba guna jenis B di Rancangan Palong 11 dan Rancangan Sg Tiang masih dalam pembinaan.  Peningkatan bahan binaan menjadikan kos bagi pembinaan dewan serba guna jenis A dianggarkan RM800,000.00 seunit dan bagi dewan serba guna jenis B pula adalah RM600,000.00.  Daripada sebanyak 47 buah dewan serba guna yang siap dibina, sebanyak 37 unit adalah dewan serba guna jenis A dan 10 unit lagi adalah dewan serba guna jenis B.
Gelanggang Sukan Terbuka Semai Bakti
Gelanggang Futsal di FELDA JENGKA 3
Mulai tahun 2008, FELDA membina gelanggang Sukan Terbuka Semai Bakti untuk faedah warga FELDA ditanah rancangan. Gelanggang terbuka ini adalah idea Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang mahukan lebih banyak gelanggang dibina ditanah rancangan FELDA termasuk rancangan terpencil dan pendalaman.

Sebagai permulaan mulai 2008 gelanggang terbuka ini akan dibina di beberapa buah rancangan diseluruh negara.Konsep gelanggang ini adalah sama dengan kompleks sukan yang mana kos pembinaannya adalah sekitar RM 500,000.00 dan perbelanjaan penyelenggaraan yang lebih murah. Reka bentuk Gelanggang Sukan Terbuka ini berbentuk marchy tent dan mengandungi kemudahan bilik air dan persalinan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan