Rabu, 29 Ogos 2012

Nikmat Peneroka Kini


Kuala Lumpur Seramai 112,635 peneroka FELDA menerima RM400 seorang apabila Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengisytiharkan dividen awal 5.5 sen seunit selepas dua bulan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak diiringi Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada Jamuan Hari Raya Kumpulan FELDA di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Sairien Nafis
Datuk Seri Najib Razak diiringi Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada Jamuan Hari Raya Kumpulan FELDA di Kuala Lumpur, semalam
Harga saham FGV semalam juga ditutup pada RM5.02 sesaham, iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata ia berdasarkan pegangan 800 unit saham yang dimiliki setiap peneroka serta agihan daripada dividen yang diterima Tabung Amanah Felda yang memiliki 20 peratus saham FGV.

Dapat durian runtuh Pembayaran dividen itu adalah tambahan kepada durian runtuh RM15,000 yang diterima peneroka sebelum ini.

Pada sidang media selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran FELDA di Bangunan FELDA Platinum di sini, semalam, Najib turut mengumumkan FELDA memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka.

Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan tanpa faedah dan pembayaran balik itu dijangka dalam tempoh lima tahun dengan dividen dimiliki sepenuhnya oleh peneroka.
Najib juga mengumumkan durian runtuh RM5,000 yang dijanjikan kepada anak peneroka, akan dibayar pada Oktober depan.

Pengumuman Perdana Menteri disambut tepukan gemuruh warga FELDA yang memenuhi majlis itu. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Najib yang juga Menteri kewangan berkata, keputusan untuk membiayai pembelian saham itu dibuat kerana FELDA mendapat dana yang besar daripada penyenaraian itu.

RM5.99b dikreditkan Dalam tempoh dua bulan penyenaraian, sebanyak RM5.99 bilion dikreditkan ke dalam dana FELDA dan jika ditambah dengan FGV, ia mencapai RM10.5 bilion. FGV disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.

Harga saham FGV semalam juga ditutup pada RM5.02 sesaham, iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.

Sehubungan itu, Najib berkata, tohmahan pembangkang kononnya peneroka akan kerugian berikutan penyenaraian FGV tidak berasas.

Secara berseloroh, beliau berkata, peneroka yang memfailkan saman terhadap FELDA turut menerima dividen.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata, bangunan FELDA Platinum yang pembeliannya dikritik hebat oleh pembangkang kini bernilai RM1.1 bilion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan