Khamis, 30 Ogos 2012

Berita Baik Untuk Penduduk Sarawak

Dato Ahmad Maslan Tim Men di Jabatan Perdana Menteri
Penubuhan FELDA merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat di negara ini sejak tahun 1956. Sejak penubuhannya selama 50 tahun kini ternyata FELDA telah banyak meningkatkan taraf ekonomi peneroka yang pada asalnya dibawah paras kemiskinan tegar. sehingga kini seramai 112635 orang peneroka dilingkungan pendapatan sederhana.Di malaysia kesemua negeri mempunyai tanah rancangan FELDA yang berperanan meningkatkan ekonomi penduduknya kecuali di SARAWAK atas faktor-faktor Geografi penduduk,Tanah dan Undang-Undang. Walaupun dilihat Sarawak merupakan antara negeri yang yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan perlu dilakukan usaha bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduknya. Antara langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu penduduk Sarawak ialah dengan menubuhkan Tanah Rancangan FELDA di kawasan-kawasan yang strategik. Cadangan ini sebenarnya telah lama diteliti oleh kerajaan yang memerintah dan juga oleh pihak atasan FELDA itu sendiri. Terbaru Terbaru Tim.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yg Amat Berhormat Dato Ahmad Maslan sendiri telah menjawab persoalan ini dengan  memberi gambaran Tanah Rancangan FELDA akan ditubuhkan di beberapa kawasan di Sarawak khas bagi membantu penduduk sarawak antara kawasannya ialah di Miri dan Limbang dalam masa yang ditentukan nanti. Namun untuk menubahkan Tanah Rancangan Felda Di Sarawak bukanlah satu tugas yang mudah kerana faktor penduduknya yang menerap secara tidak sistematik dan Masalah tanah adat. Mudah atau sukar Penubuhan Tanah Rancangan di sarawak akan menjadi satu lagi bukti kejayaan Kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat dan juga menjadi pelengkap kepada matlamat asal penubuhan FELDA itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan