![]() |
| FELDA Satu DiDunia |
SERDANG - Peneroka yang berhutang dengan
bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd.
(FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila
hutang mereka diambil alih Felda.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan RM360 juta yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai
pembelian unit saham itu kelmarin akan digunakan untuk membayar balik
pinjaman yang dibuat oleh peneroka kepada 10 konsortium bank.
"Jadi, daripada bayar kepada bank yang
ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa
faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya
selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi
Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra
Malaysia pada 28/9/2012
Mengulas Kenyataan Najib sebelum itu mengumumkan Felda
memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham
yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam
pemilikan saham itu.
| Dato Ahmad Maslan Mengulas Kenyataan Najib |
Ahmad berkata, peralihan itu akan
dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh
dilakukan dengan potongan pendapatan di mana ia bakal memberi keuntungan
lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan faedah pinjaman.
Beliau berkata, dengan itu, pihak
peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham bila-bila masa tanpa
sebarang syarat dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana
jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada
bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu sekali gus
merugikan sekiranya harga saham pada masa itu rendah.
"Kita tidak beri (pinjaman ini) sebelum
ini sebab kita tidak jangka berapa keuntungan yang kita dapat tetapi
akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion
untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk bantu lagi peneroka,"
katanya.
Sementara itu, Ahmad turut menafikan
tuduhan pihak pembangkang kononnya pemilikan peneroka terhadap saham FGV
terlalu sedikit malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham
FGV iaitu sebanyak 39.5 peratus.
Beliau berkata, 17 peratus saham adalah
milik Felda dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus
daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus melalui tabung amanah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan