![]() |
| LOGO FELDA GAH DI PERSADA DUNIA |
Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah
Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA
yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
- Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
- Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
- Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Mulai bulan April
2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang
bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan