Jumaat, 7 September 2012

Persoalan Pembiayaan PTPTN oleh FELDA


Bismillahhirahmanirahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pertama sekali bersyukur terhadap Ilahi kerana berkat limpahnya FELDA dan warganya hari ini dilimpahkan dengan nikmat rezeki yang tidak putus-putus sejak penubuhannya pada tahun 1956 sehingga kini walaupun terdapat usaha-usaha untuk memburukkan nama baik FELDA.

Perbagai nikmat-nikmat rezeki dapat di umpamakan seperti bulan jatuh ke riba tampuk pemerintahan negara berubah tangan kepada Yg Amat Berhormat Dato Sri Najib Bin Tun Abd Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. bermula dengan penyenaraian FGV di BSKL sehinngalah pengumuman terkini iaitu penampungan sebahagian kos PTPTN khas untuk anak-anak peneroka.

Disebalik berita tersebut terdapat beberapa persoalan yang ingin diajukan iaitu:

1. Adakah Penampungan kos PTPTN tersebut melibatkan anak-anak Peneroka yang bakal bergraduat pada bulan oktober ini atau tawaran ini hanya untuk pelajar semasa mahupun anak-anak peneroka yang baru memohon pimjaman PTPTN?

2. Adakah pembiayaan ini dikenakan sebarang cas atau diketogorikan sebagai hutang dengan felda pada satu masa kelak?

3. Jika tawaran ini untuk pelajar yang bakal bergraduat adakah terdapat syarat untuk memperoleh tawaran tersebut seperti  CGPA melebihi 3.00 keatas?

Saya berharap persoalan ini dapat segera dijawab oleh mana-mana pihak yang berkenaan.saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan