![]() |
| Rumah Peneroka Dahulunya Daif Sekarang Mewah Membuktikan Kejayaan Felda |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya tertarik dengan satu aduan dalam paparan oh media yang bertajuk 'JIKA ANDA MERUPAKAN GENERASI FELDA,ADUAN INI MUNGKIN BERMAKNA UNTUK ANDA' yang bertarikh 23 Disember 2014.
Dalam aduan tersebut penulis telah mendakwa beberapa keputusan pihak Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) berniat jahat terhadap peneroka. sesungguhnya ini adalah satu fitnah yang berniat jahat bagi menjatuhkan imej KPF dan cubaan mempolitikan KPF yang selama ini memberikan banyak manfaat pada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Peneroka dan keluarga serta Staf FELDA dan keluarga.
Penulis telah membuat dakwaan terhadap 4 isu utama iaitu:
- Mendakwa Sistem QShare dilaksanakan bagi menghalang generasi peneroka membuat tambahan saham serta merupakan satu episod baru penipuan FELDA kepada peneroka.
- Mendakwa Undang2x kecil KPF Perkara 21. 1(a) sebagai berat sebelah dan menindas waris peneroka tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.
- Membuat andaian tentang syer-syer kosong milik peneroka setelah kematian anak peneroka
- Menfitnah bahawa terdapat komplot perampasan dan perancangan secara teratur bagi mengikis hak milik dan harta-harta peneroka serta mendakwa pihak FELDA mencuba untuk merampas dan merompak peneroka.
Dakwaan pertama mengenai sistem Q Share sama sekali tidak benar. Pertama sekali mengapa sistem ini dijalankan dan apakah manfaat sistem ini bagi ahli-ahli kpf?
Untuk pengetahuan semua sistem Q Share bukanlah yang pertama dilakukan oleh KPF tetapi ia telah dimulakan oleh pihak bank rakyat kerana modal syernya telah mencapai kuota sebanyak RM 3Bilion. begitu juga dengan KPF dimana hanya dihadkan modal syer sebanyak RM 2.5 bilion dan kini telah melebihi sebanyak 2.714 Bilion sehingga November 2014. oleh disebabkan itu pihak KPF terpaksa menghadkan pelaburan sehingga modal share tersebut dikurangkan atau mendapat kuota tambahan.
Mengapa Sistem QShare Dilaksanakan?
- Kuota telah melebihi paras yang dibenarkan.
Ramai yg bertanya mengapa perlu kaota ini? sebenarnya kuota ini digunakan bagi menjamin pulangan dividen kepada ahli-ahlinya. pada tahun 2013 pihak kpf telah memberikan 15% pulangan dividen dengan peruntukan RM 400 Juta. Kaedah pemberian dividen adalah tertakluk kepada pendapatan KPF iaitu melalui 1/3 hasil pelaburan syarikat-syarikat milik KPF. ini bermakna nilai 400 juta X 3 = 1.12 Bilion Pendapatan Setahun bagi modal share RM 2.5 Bilion. Jika modal share dinaikkan kepada 4 Bilion pihak kpf perlu mendapatkan hasil pelaburan kira-kira 2.1 Bilion dengan memperuntukkan 700 Juta bagi pulangan dividen yang kekal sebanyak 15% jika gagal pulangan dividen pasti akan lebih kurang daripada nilai 15%. sesungguhnya ramai yang melihat kejayaan KPF hari ini dengan keberhasilan KPF memberikan pulangan dividen yg tinggi kepada ahli-ahlinya berbanding entiti perniagaan yang lain-lain.
2. Langkah kenal pasti modal syer tidak dikenali
Pihak KPF terpaksa melakukan proses ini ekoran terdapat lebih 16 juta ringgit pelaburan yang tidak dimaklumkan dan perkara ini sangat merugikan pelaburnya dan KPF. perkara ini diatasi dengan kaedah pembayaran QShare yang hanya membenarkan penambahan pelaburan melalui bank draf dan cek individu sahaja apabila dimaklumkan oleh pihak KPF.
Bagaimana Q Share Dijalankan?
1) Ahli perlu mengisi borang permohonan tambah saham Q Share dan menghantarnya di KPF.
2) setelah borang dihantar pihak KPF akan memproses permohonan tersebut.
3) setelah tiba giliran penambahan saham pihak KPF akan memaklumkan tentang penambahan saham tersebut dan jumlah penambahan yg dibenarkan serta kaedah caruman yg dibenarkan.
4) Penambahan boleh dilakukan dalam tempoh 90hari bekerja dari tarikh penawaran.
Mendakwa Undang2x kecil KPF Perkara 21. 1(a) sebagai berat sebelah dan menindas waris peneroka
Peruntukan undang-undang kecil perkara 21.1(a) adalah seperti berikut:
Keanggotaan mana-mana anggota akan terhenti atas sebab di bawah mengikut mana-mana yg berkenaan:
- Mati
- Menarik diri menurut undang-undang kecil 22
- Dibuang mengikut undang-undang kecil 23
Undang-undang kecil 22:
- mana-mana anggota boleh menarik diri daripada koperasi ini dgn memberi notis bertulis 12 bulan dahulu kpd lembaga atas sebab munasabah dan lembaga boleh membenarkan penarikan dalam tempoh yg singkat.
Undang-undang kecil 23:
- seseorang atau sesuatu anggota hendaklah dianggap telah bertindak memudaratkan kepentingan koperasi dan diganting keahliannya jika didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara berikut:
- merujukkan pertikaian atau aduan kpd mana-mana orang selain suruhanjaya.
- membuat kenyataan dlm akhbar atau mana-mana media masa mengenai koperasi tanpa kebenaran lembaga.'
- membuat tuduhan palsu ke atas lembaga atau anggota atau bekas anggota atau pekerja koperasi ini.
- memburuk-burukkan koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan koperasi
- bertindak luar etika didalam mana-mana mesyuarat sehingga jejaskan perjalanan mesyuarat tersebut.
*Keputusan untuk mengantung keanggotaan hanya dibuat oleh lembaga setelah anggota berkenaan dimaklumkan secara bertulis mengenai tuduhan yg jelas terhadapnya dan diberi peluang untuk menyatakan sebab keanggotaannnya digantung dan diberi peluang menyatakan sebab mengapa keanggotaanya tidak boleh digantung.
Penyelesaian Wang Anggota
*Jika seseorang anggota itu terhenti daripada menjadi anggota koperasi ini menurut undang-undang kecil 21 semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya setelah ditolak hutangnya dengan koperasi ini hendakan dikembalikan kepadanya sebagaimana yang berkenaan:
- Sekiranya seseorang anggota ditamatkan keanggotaanya dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat.
- sekiranya seseorang menarik diri akan dikembalikan wang tersebut setelah akhir tempoh notis
- Sekiranya seseorangt anggota itu hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan.
- sekiranya seseorang itu mati dikembalikan kepada penama atau warisnya atau wakilnya yg sah menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahawa seseorang anggota muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakil yg sah atau kepada pegawai pentadbir pusaka jika selepas enam bulan dari tarkh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik. (saham milik arwah @ simati boleh dipindahkan kepada peneroka ganti yang baru dengan syarat peneroka ganti tersebut menjadi ahli.)
*Tan sri Isa samad juga dilucutkan keanggotaannya dengan Akta ini.
Apa yang terjadi dengan syer kosong?
Kuota ahli dibawah satu keluarga ialah RM 250000.00. Jika seseorang satu keluarga baru melabur RM 100000.00 baki RM 150000.00 ialah syer kosong. dan syer kosong tersebut hanya boleh diisi oleh ahli dibawah kuota keluarga tersebut.
Bagaimana syer keluarga belum penuh tetapi syer koperasi telah penuh?
jika peneroka FELDA sebanyak 119,293 orang X RM250000.00 = RM29823250000 Bilion..
sedangkan kuota KPF hanya 2.5 Bilion?
kuota 2500000 hanya berfungsi dari wujud unsur pemilikan dalam koperasi kerana sistem koperasi bukan sistem pemilikkan individu tetapi pemilikan bersama.(tanpa syer majoriti)
*Dakwaan terdapat komplot perampasan hak peneroka telah dapat disangkal dengan penjelasan yang diberikan dalam 3 dakwaan sebelum ini.
Sekiranya mahu membuat aduan sila ke kpf sendiri dan jangan gomar memandai-mandai menfitnah FELDA demi meraih simpati politik..jangan heret FELDA dalam isu politik dan jangan memalukan anak dan waris peneroka FELDA dengan dakwaan palsu tanpa membuat kajian dengan lebih dalam. ini yang dikatakan kebodohan yang melampau-lampau.
bukan hanya KPF sebagai peluang pelaburan kepada generasi baharu tetapi atas keprihatinan FELDA juga telah wujudkan KPF 2. rebut peluang ini untuk melabur dalam KPF 2 yang juga boleh menjamin pelaburan anda sebagai waris peneroka.
Hanya sekadar nasihat.

kaye bebeno ye jika setiap peneroka cukupkan 250k saham mereka....hmmmm aku rasa tak ramai pun peneroka yg ada share sebanyak tu...tapi selebihnya sape yg isi kuota tu?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamSetakat rase je xboleh jd hujah
Padampihak kami telah menjawab persoalan tersebut..sila teliti artikel yang diterbitkan.sekian terima kasih
BalasPadamsbbnya...kpf jual dh saham dlm felda holding kpd fgv..kn drp situ yg byk bg duit kpd kpf kan, klu msh blh dpt income drp situ xpnh timbul isu gini kn sejak dulu2 lg...huhuhuuuu
BalasPadamhasil dr beberapa laporan yg diterima pihak KPF mendapati Felda Holding tidak memberikeuntungan yg banyak dan Lembaga KPF telah membuat keputusan menjual aset tersebut dan memberi fokus kepada beberapa segmen bisness yang baru dengan suntikan modal yang diterima hasil dari penjualan tersebut.kita harap langkah itu mampu memberi pulangan yang besar kpd KPF satu hari nanti.
PadamBila agak nya...dividen saham kpf, kiter trima??
BalasPadamkebarangkalian dividen 2014 akan diumumkan pd AGM KPF yg terdekat.
PadamHidup KPF.
BalasPadamSalam semua,saya sebagai anak jati Felda sangat bersyukur dengan adanya KPF.KPF telah banyak memberi manfaat dan peluang kpd seluruh warga felda dengan pemberian dividen yang sangat membanggakan.Saya sebagai ahli KPF yang agak lama,sangat menyanjungi Felda kerana telah menubuhkan KPF yang dapat memberi pengagihan pendapatan drp kumpulan Felda sebaiknya.Dulu tidak ada orang pun berbicara mengenai KPF ni.Jatuh bangunnya KPF,tiada siapa peduli.Kita sebagai generasi Felda ni seharusnya bersyukur kerana Felda telah menerbitkan saham secara percuma utk peneroka-peneroka Felda denga amaun RM1500 seorang.Dengan ini semua peneroka dapat menjadi ahli KPF.Hasilnya,generasi kedua felda dapat meneruskan kesinambungan dalam peluang yang diberikan oleh Felda itu.Aku syukur padamu ya Allah kerana telah meletakkan aku dalam generasi Felda.
BalasPadamGambo rumah kt atas tu.bukan rumah peneroka.. Tu perumahan felda.. Sapa2 blh beli.. Mana ada peneroka buat sederet patten umah semua sama..
BalasPadamDividen utk tahun 2014 dah di umumkan , dah masuk pon DLM acc, yg sedihnye hanya 10 % je, turun 5 % dari tahun lepas .byk tu beza.time saham Aku dah masak dividen jatuh pulak.nie semua psal fgv....sedih anak melayu cam Aku nie...
BalasPadamdlm perniagaan mmg ada pasang surutnya.kejatuhan nilai pratusan dividen KPF tidaklah terlalu tinggi.kejatuhan ini disebabkan beberapa faktor antaranya jumlah perbelanjaan KPF yg meningkat pd tahun 2014 disebabkan perpindahan ke pejabat baru dan pendapatan KPF yang sedikit berkurangan disebabkan penjualan aset2xnya.namun perkara itu dilihat bersifat sementara apabila segmen perniagaan KPF spt perhotelan,perladangan dan hartanah akan kembali mengukuh dan beroperasi bagi membolehkan peningkatan pendapatan.InsyaAllah.
Padamlarr 10% je....bukan ke tiap2 tahun kpf akan bayar 10% dulu, hujung tahun akan ada lagi...dan di kira sebagai bonus:)
PadamMmg ada pasang surut. Tp skrng teruk sngt.. x dapt 5%. 3% pun jadi... ni x.. langsung x ada.. ape cita..
PadamDividen utk tahun 2014 dah di umumkan , dah masuk pon DLM acc, yg sedihnye hanya 10 % je, turun 5 % dari tahun lepas .byk tu beza.time saham Aku dah masak dividen jatuh pulak.nie semua psal fgv....sedih anak melayu cam Aku nie...
BalasPadamdlm perniagaan mmg ada pasang surutnya.kejatuhan nilai pratusan dividen KPF tidaklah terlalu tinggi.kejatuhan ini disebabkan beberapa faktor antaranya jumlah perbelanjaan KPF yg meningkat pd tahun 2014 disebabkan perpindahan ke pejabat baru dan pendapatan KPF yang sedikit berkurangan disebabkan penjualan aset2xnya.namun perkara itu dilihat bersifat sementara apabila segmen perniagaan KPF spt perhotelan,perladangan dan hartanah akan kembali mengukuh dan beroperasi bagi membolehkan peningkatan pendapatan.InsyaAllah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalah satu objektif sistem qshare diperkenalkan ialah utk mengekalkan dividen 15% nampaknya tersasar... emmmm
BalasPadamSaya dah mohon Q Share dari bulan 12 tahun 2014..samapi sekarang xde panggilan..masalah nye,,bila call kejap kate giliran saya lagi 200 org menunggu...lepas sebulan jadi 400org menunggu..asal call je makin ramai pulak potong Q..telus ke idak KPF ni.. saya ada bukti dari email jawapan dari KPF tntng no giliran saya...n berubah lepas beberapa bulan..jgn sampai SPRM siasat...ada unsur rasuah ni...cepat untuk member2x n yg berbayar je kot...
BalasPadammana taknya... orang yg keje kat pejabat felda tu yang perhambat isi dulu kalo ade kuota kosong... jangan nak caye la cakap dorg kat pejabat tu...
Padamhemmmmmmmmm kenapa 10 % aje bonus tak ada lah yek
BalasPadamkata dulu Q-share sbb nk kekalkan 15%....tapi hakikatnya lingkup...tu belum setahun system Q-share dilaksanakan..isu FGVH pula, dulu ahli peneroka awal2 lg xsetuju tp terpaksa juga sign..last last tengoklah mcm mana sekarang...sudah dikeluarkan dr bursa Malaysia.
BalasPadamErmm....ptutlah dok tggu2 dr bln 12 xde bayaran lg 5%....upanya mnunggu buah yg xgugur yek...sbgai anak peneroka smemangnya bonus itu yg dtunggu2 utk mnampung psekolahan ank2..topup yg mna yg xlengkap..skrg janji tggal janji...
BalasPadamTahun ni alami nasib yang samakah? Hanya 10% dividen tanpa bonus sepertimana tahun lepas? Saya juga sudah lama memohon untuk pembelian saham dari tahun 2014 juga. Belum nampak tanda-tanda kelulusan pembelian penambahan saham...sampai bila agaknya kena menunggu ye? Disebabkan dividen kpf sudah tak seGAH dulu, takde ura-ura untuk awalkan pengagihan dividen kepada bula Januari seperti ASB kah? 10% dividen Jan 2015 ke Dec 2015 tapi agihan pada bulan Jun..kadang-kadang lebih lambat sampai Sept. Kenapa begitu? Kalau ikut kiraan dah lebih setahun setengah modal ditanam tapi hasil agihan hanya setahun. Agak-agak ke mana dividen yang setengah tahun tu pergi ye? Minta maaf kalau korang nak kata saya mengarut tapi saya orang biasa yang mengambil contoh terdekat dan paling sinonim dengan orang Melayu, ASB. Mungkin ada alasan logik untuk kelewatan yang disengajakan ini. Adakah ini berlaku kerana ketidakcekapan dalam pengiraan...antara alasan paling kelakar di tahun 2016 ini...hehehe
BalasPadamtahun ni apalah nasib kpf...hadoi.. nak tambah syer pun kena q.. sejak ada FGV bertambah kelaut ku tengok... banyak bisness FGV tak menjadi..mana silapnya tak tahulah.. harap tahun ni pulangan pemegang saham KPF lebih better dari tahun lepas... sebab tiap-tiap minggu najib kabo kat berita TV3 peratusan peningkatan ekonomi negara makin meningkat... harap dividen tahun ni meningkat la ye.. rayo nak dokek dah ni...
BalasPadam